Waktu

Isnin, 30 Mac 2009

Samseng di hukum gantung sampai mati

Begitulah padahnya sekiranya menjadi samseng, membuta tuli mengikut perundangan sendiri. Sepertimana yang dilaporkan oleh Buletin 130 pada 30hb Mac 2009. Di mana bukti yang menunjukkan samseng tersebut ahli PEKIDA? TV3 dah rujuk ke? ada pengesahan ke yang malaun tu ahli pekida? Jangan sesedap mulut je? Buat pengetahuan pekida, senarai ahli pekida yang asli boleh dirujuk ke pejabat kami. Sekiranya samseng tu ahli pekida, dengan apa yang dilakukannya telah terbukti bersalah, dan kami menyokong perundangan Malaysia. Dan jika mana-mana ahli kami melakukan kesalahan tetap bersalah. Pekida tiada kekebalan dari segi apa-apa jenayah dilakukan.

Selasa, 24 Mac 2009

PENGUMUMAN

Adalah dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Pekida Malaysia tidak pernah mengadakan sebarang laman web rasmi bagi PEKIDA MALAYSIA. Oleh yang demikian, pengurusan ibu pejabat PEKIDA Malaysia dengan ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kenyataan rasmi yang diterbitkan oleh sebarang web berkenaan. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah berhubung dengan pihak ibu pejabat PEKIDA Malaysia menerusi email: ibupejabatpekidamalaysia@gmail.com atau menerusi talian telefon/faks 04-4233233. Harap Maklum.