Waktu

Selasa, 31 Ogos 2010

Pekida Kubang Pasu Beri Bantuan.

Isnin 30 Ogos 2010
Jitra,Pekida Daerah Kubang Pasu telah mengadakan satu majlis penyerahan bantuan kemiskinan kepada mereka yang kurang bernasib baik dalam menjalani bulan ramadhan dan akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.

Presiden Pekida Malaysia Tuan Hj Jamaludin Yusof berkata inilah majlis pertama di bawah Pekida Daerah Kubang Pasu pada tahun ini yang memberi bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan Sempena Menyambut Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.

Beliau mengucapkan jutaan terima Kasih Kepada Md Rejab Bin Awang Kechik Pengerusi Pekida Daerah Kubang Pasu yang berjaya mengadakan majlis tersebut.Beliau turut meyarankan seluruh Pekida Daerah yang berkemampuan mengadakan majlis bantuan seperti ini.

Turut hadir Datuk Bakri naib Presiden Pekida Malaysia dan Datuk Abu Hassan Sarif Adun kota Seputih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan