Waktu

Selasa, 31 Ogos 2010

Pekida Malaysia Menentang Sekeras Kerasnya Jalur Gemilang Di Bakar

Isnin 30 Ogos 2010.
Jitra,Pekida Malaysia menentang sekeras kerasnya tidakan sekumpulan di Indonesia Yang Membakar Bendera Malaysia serta membaling Najis ke dalam perkarangan Kedutaan Malaysia di Indonesia.

Presiden Pekida Malaysia Tuan Hj Jamaludin Yusof berkata Pekida Malaysia memandang serius Perkara ini dan berharap Kerajaan Indonesia dapat membendong tindakan liar kumpulan ini.Mereka kumpulan ini harus sedar rakyat indonesia banyak di Malaysia yang mencari rezeki dan mereka harus menhormati rakan mereka di malaysia ini, kerana kumpulan melampau ini bukanlah mewakili seluruh rakyat indonesia, mereka adalah kumpulan kecil sahaja di Indonesia.

Malaysia dan Indonesia ini ibarat adik dan abang jadi Kerajaan Indoensia harus segera mamantau dan mencegah perkara sebegini berulang supaya perhubungan kedua dua negara tidak terjejas,

Tuan Hj Jamaludin Yusuf brucap ketika majlis bantuan kepada orang kurang kemampuan anjuran Pekida Daerah Kubang Pasu di Jitra semalam.

Pekida Kubang Pasu Beri Bantuan.

Isnin 30 Ogos 2010
Jitra,Pekida Daerah Kubang Pasu telah mengadakan satu majlis penyerahan bantuan kemiskinan kepada mereka yang kurang bernasib baik dalam menjalani bulan ramadhan dan akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.

Presiden Pekida Malaysia Tuan Hj Jamaludin Yusof berkata inilah majlis pertama di bawah Pekida Daerah Kubang Pasu pada tahun ini yang memberi bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan Sempena Menyambut Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.

Beliau mengucapkan jutaan terima Kasih Kepada Md Rejab Bin Awang Kechik Pengerusi Pekida Daerah Kubang Pasu yang berjaya mengadakan majlis tersebut.Beliau turut meyarankan seluruh Pekida Daerah yang berkemampuan mengadakan majlis bantuan seperti ini.

Turut hadir Datuk Bakri naib Presiden Pekida Malaysia dan Datuk Abu Hassan Sarif Adun kota Seputih.

Rabu, 4 Ogos 2010

KEMBALI KE RAHMATULLAH

SALAM KEPADA SEMUA JEMAAH.AYAHANDA MOHD YUSOF B.ALI(YUSOF PROTOKOL)TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH.BLOK 39-8-1.TAMAN PAYA TERUBUNG,TINGKAT PAYA TERUBONG 3,AIR HITAM.P.PINANG