Waktu

Ahad, 5 Disember 2010

Majlis Penyerahan Kunci Ibu Pejabat Pekida Malaysia

Majlis Penyerahan Bangunan Ibu Pejabat (BARU) PEKIDA Malaysia
11 NOVEMBER 2010: Majlis Penyerahan Bangunan Ibu Pejabat (BARU) PEKIDA Malaysia telah disempurnakan oleh wakil pemaju, Bolton Berhad bersama Barisan Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA Malaysia 2008-2011. Replika Kunci telah diserahkan kepada Presiden PEKIDA Malaysia, Tuan Haj...i Jamaludin Yusuf. Menurut Setiausaha Agung PEKIDA Malaysia, Tuan Haji Mohd Zain Ghazali, bangunan berharga RM440,000 ini dibeli dengan kadar diskaun yang berpatutan. Atas saranan dan cadangan Presiden serta barisan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) semasa membuat tinjauan keatas premis tersebut dan premis bersebelahan, PEKIDA Malaysia memutuskan untuk turut memiliki 2 blok bersebelahan jika keadaan kewangan mengizinkan. Pelancaran TABUNG BANGUNAN akan disempurnakan dalam masa terdekat. Menurut beliau juga, barisan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) kini komited dalam memastikan kemajuan PEKIDA Malaysia kearah yang lebih efektif. Pelbagai perancangan asas telah dibuat dan keberkesanannya boleh dilihat dari masa ke semasa. Tambah beliau, Ibu Pejabat yang baru akan mula beroperasi sepenuhnya setelah proses bersangkutan termasuk kerja-kerja ubahsuai dan hiasan dalaman selesai. Insyaallah.gambar boleh lihat dekat face book ibu pej.Pekida Malaysia