Waktu

Rabu, 1 April 2009

PENGUMUMAN

Assalamualaikum,
Kepada semua ahli PEKIDA Malaysia, saya diarahkan oleh Ayahanda Presiden bahawa PEKIDA MALAYSIA tidak terlibat dengan apa jua perhimpunan yang akan diadakan pada Jumaat, 3hb April 2009 ini oleh pihak tertentu yang menggunakan nama PEKIDA Malaysia.
Oleh dengan itu semua ahli PEKIDA di larang menghadiri perhimpunan tersebut.

Saya yang menurut perintah,
Ayah Shahril
Pengerusi Badan Bertindak Hal Ehwal Khas & Semasa
PEKIDA Malaysia.

15 ulasan:

  1. jangan di campur fahaman politik dan perjuangan pekida

    BalasPadam
  2. Wahai AYAHANDA PEKIDA & ABG LONG PEKIDA, AHLI PEKIDA serta yang berada di dalam Jemaah 30.

    Sedarkah kamu akan perjuangan kamu yang telah lari dari perjuangan Rasulullah yg sebenar. Janganlah sesekali kamu berjuang di atas nama bangsa. Kerana Rasulullah SAW telah melarangnya.

    “Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

    Renungilah juga arahan Saidina Ali Abi Talib kepada Malik Al-Ashtar, yang dipilih menjadi wakilnya di Mesir "Apabila penduduk di bawah jagaan kamu menghadapi bebanan hidup, bersungut kerana kerosakan tanaman mereka, kerana rosaknya tali air atau kerana hujan tidak turun atau kerana berubahnya keadaan bumi ditenggelami banjir atau dimusnah kemarau, ringankanlah kesusahan mereka sebagaimana kamu akan berusaha menyelesaikan masalah yang sama yang menimpa pada diri sendiri. Sesungguhnya, kerosakan yang berlaku pada bumi berpunca daripada kesengsaraan hidup penduduknya dan penduduknya sengsara apabila orang yang memerintah negeri asyik mengumpul harta untuk kepentingan sendiri, apabila mereka sendiri tidak yakin akan kekalnya pemerintahan mereka dan apabila mereka tidak mengambil iktibar daripada kejadian-kejadian tidak baik (yang berlaku di sekeliling mereka)".

    Begitu juga dengan kata-kata khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Pada hari kedua beliau dilantik menjadi khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya, beliau berkata, “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad SAW dan tiada kitab selepas al-Quran. Aku bukan penentu hukum malah aku adalah pelaksana hukum Allah SWT. Aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik di kalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya di kalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa di sisi Allah SWT”. Beliau kemudian duduk dan menangis. "Alangkah besarnya ujian Allah SWT kepadaku", sambung Umar Ibn Abdul Aziz. Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isterinya, “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” , beliau menjawab, “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah SWT dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan dan para fuqara’ kaum Muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat menjawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah SAW’’. Isterinya juga turut mengalirkan air mata.

    Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
    Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

    Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

    Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

    Allah SWT berfirman :

    " Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

    Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
    Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

    Ingatlah wahai saudaraku...

    Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

    "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula."(Al-Zalzalah : 7-8)

    MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

    Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

    BalasPadam
  3. layarilah pekidakualarompin.blogspot.com

    BalasPadam
  4. salam saya untuk Ayahand Shaaril. Nak makan udang galah datanglah Rompin

    BalasPadam
  5. jebbat nyanyuk .. bila menyalak biarlah kena pada tempat .. bila bercakap biar berpandukan akal .. bila menuduh biar beralaskan bukti. janganlah disapu habis ,, kerana nila setitk rosak susu sebelanga. Bercakap lah dengan Akal dan bukan dengan Nafsu .. kerana bila lidah itu menyimpang .. maka adanya fitnah ..angkara mulut yg tidak beralas .. maka kita dihurungi dosa. Orang saperti Jebbat bersepah-sepah dikaki lima .. sama saperti mereka yg ada otak tapi tiada akal.Selidikilah dahulu apa itu Pekida dan Penubuhan nya
    Berbicara lah saperti manusia ..kalau nak bertarbiah sekalipun ,jebbat tersilap tempat, bukan untuk pekida tapi nun disana mereka yang merempit .. rosak akhlak .. dan mereka2 yg memerlukan.
    Kalau iapun nak bertarbiah sangat kepada Pekida jebbat dipersilakan datang sendiri dan bertemu ahli2nya.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum.

    Saudara Men @ izzamil

    Hari ini 04.09.2009

    Merujuk kepada tulisan anda, saya telahpun menghantar email (izzamil3@yahoo.com) bermula dari tarikh 24.08.2009. Seterusnya unutk kali kedua iaitu 28.08.2009 dan ke TIGA kalinya iaitu 02.09.2009. Seperti didalam tulisan saudara, saya menerima persilaan saudara bagi bertemu ahli PEKIDA dan yang saya ingin bertemu adalah saudara sendiri.

    Pada 24.08.2009, saya meneliti blogger detail kepunyaan saudara dan saudara berada di Pulau Pinang. Jadi tepat pada masanya kerna saya juga kerap kali ke Pualau Pinang.

    Namun pada 02.09.2009, yakni semasa email terakhir dihantar, blogger detail saudara telah berubah dan kini di Johor Bahru.
    Saya begitu kecewa dengan sikap saudara yang hanya pandai menuduh namun tidak berani bersua muka. Mungkin saudara juga adalah ribuan blogger yang hanya bersuara di alam maya namun hakikatnya adakah seorang yang tidak mampu menerima kenyataan.

    Jika saudara seorang ahli, adalah lebih baiknya saudara menjaga tingkah laku diluar mahupun dialam maya kerna Pekida adalah gerakan Islam dan Islam sepatutnya tidak mengeluarkan tulisan seperti saudara.

    Tulisan ini bukanlah bagi menjatuhkan saudara tetapi sekadar menjelaskan kepada pembaca apa yang terjadi dan merungkai tuduhan kepada saya. Mulanya saya tidak mahu mendedahkan disini dan disebab itulah saya menghantar jemputan kepada saudara untuk bersua muka. Namun sehinggalah sekarang, masih lagi menanti.

    Disini saya sekali lagi menjemput saudara bagi bertemu dan menjelaskan apa yang ditulis oleh saudara.

    Sekian
    Wassalam

    BalasPadam
  7. Jebbat awk ni siapa ekk .. kurang ajar .. berani awak sebut "Wahai" kepada Ayahnda2 , abang2 Long da jemaah2 30 yang lain. Awak ingat awak ni siapa, besar sangat . smpai tak tahu adab bila masuk rumah orang. Dengan suku sakat awak boleh lah sebut begini,tetapi dengan kami jangan celupar sangat.Nahas nanti. Nak bagi nasihat ada cara,ini tidak,nama saja orang islam,masuk langsung tak bagi salam.Dirisendiri pun tak betul. Saya bagi amaran kat awak ,kalau bercakap tolong bagi hormat sikit.

    BalasPadam
  8. Salam. kita ni orang Islam,bukannya kafir.Bagi salam dulu lepas tu kalau nak bagi komen pun cakap elok2.Hormat dengan orang tua2.Betui kata orang tua2 sebab mulut badan binasa.Nanti sikit punya pasai hang juga yang susah. Tok sah dok sebut wahai ,Sebab bagi kami saperti mencemarkan kedudukan ayahanda2.Tolong hormat pemimpin kami.Samada awak suka atau tak suka kena juga hormat pemimpin orang lain.Kalau tidak,jangan masuk langsung dalam blog ni.Bukan apa sbb banyak sangat yang biadab bila bagi komen.

    BalasPadam
  9. Memberi salam hukumnya sunat dan menjawab salam adalah wajib. Jadi apa masalahnya...

    ---------------------------

    Kembali kepada topik

    Buat hg_kasturi & anuar3line

    Memberi peringatan adalah perintah ALLAH.

    Gelaran apapun termasuk YB, Tan Sri, Dato, Ayahanda, Abg Long, Kak Long, Mak Ngah dan sebagainya tidak ada nilai disini Allah kelak.

    Kenapa nak melenting bila ditegur???
    Hebat sangatkan kalian sehingga tidak boleh di tegur???
    Adakah dengan amaran kalian ana akan rasa takut. Jika ana tahu nyawa ana di tangan kalian maka dah lama ana sembah kalian tetapi nyawa ana adalah di tangan ALLAH SWT dan tidak siapa pun tahu bila ana akan mati dan ana rela mati dalam kemenangan dan jalan Islam.

    Wahai saudaraku hg_kasturi & anuar3line

    Kenapa tidak di tanya kepada tuan punya blog siapa jebbat???

    Wahai saudaraku hg_kasturi & anuar3line

    Rasulullah SAW telah meninggalkan manusia 2 perkara iaitu Al-Quran dan Sunnah. Adakah dengan teguran maka ia telah lari dari sunnah???

    Wahai saudaraku hg_kasturi & anuar3line

    Penghulu syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan lelaki yang berkata dihadapan seorang penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkannya (pada kemakrufan) dan melarangnya (terhadap kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya. [HR al-Hakim].

    Wahai saudaraku hg_kasturi & anuar3line

    Apakah hujah kalian bila berdepan dengan Allah kelak. Apakah hujah kalian bila ditanya tentang akhlak kalian ketika di tegur. Apakah hujah kalian dalam perjuangan kalian. Apakah perjuangan mengikut tariqah yang ditinggalkan Rasulullah.

    Dengan nama Allah dan RasulNYA, ana menjemput kalian berdua untuk mengeratkan silatulrahim dengan berhujah dan bertukar pandangan melalui email.

    Email pada ana

    jebbat@gmail.com.

    InsyaAllah......

    BalasPadam
  10. Salam.
    Jebbat .. Pandai pun menyebut Wahai saudaraku .. ada perubahan sikit..tak banyak.

    1. Jebbat kata memberi salam hukumnya sunat .. itu kami tahu dan kenapakah kita nak ambik mudah perkara2 yang sunat tapi berpahala kalau memberi salam pada orang lain.Susah sangatkah nak ikut SUNNAH ?Kalau tak ikut sunnah nak ikut sapa lagi? Dalam hadis Rasullullah SAW .. secara ringkas saya nak sebut disini.. seorang lelaki memberi salam "Assalamualaikum" kepada Rasulullah lalu baginda berkata kepada lelaki itu " Sepuluh kebajikan ". Datang pula lelaki lain memberi salam kepada rasulullah SAW " Assalamulaikum Warahmatullah" lalu baginda berkata kepada lelaki itu " Dua puluh kebajikan " Kemudian datang lagi seorang lelaki lain memberi salam kepada Rasulullah " Assalamulaikum Warahmatullahi wa barakatuh" lalu baginda berkata kepada lelaki itu " Tiga puluh kebajikan" oleh Bukhari dan Muslim.
    Jebbat perlu tahu bahawa inilah amalan Islam yang baik dan mulia yang diamalkan Rasulullah SAW.Tak kira kita kenal ataupun tidak orang itu.
    Kita dilahirkan seorang Islam.. Kalau dilahirkan seorang kafir tidak mengapa.?
    Permudahkanlah dengan memberi salam Wahai Jebbat saudaraku.
    2. Walaupun gelaran ataupun kedudukan tidak ada nilainya disisi Allah.. tetapi sebagai seorang insan yang bernama manusia .. kita harus menghormati antara manusia sesama manusia lebih2 lagi jika ia seorang pemimpin.
    ( Jgn pertikai kepimpinan orang lain )
    3. Kami tidak melenting .. tapi marah bila ada segelintir manusia yang tidak tahu menjaga adab bila bercakap dengan orang lain. Kalau iapun nak menegur biar lah bertentang mata .. face to face. Cara anda ini seolah2 ingin menjatuhkan air muka orang lain .. walaupun niat tidak begitu. Nasihat saya .. hormatilah orang lain sebelum orang lain menghina anda.

    Kesimpulannya : Belajarlah menghormati orang lain. Belajar cara2 adab dalam Islam .. kalau nak berhujah dengan nas2 dan hadispun .. tiada gunanya kalau kita sendiri bebal dan ego dengan sedikit kemampuan yang ada. Seperkara lagi .. lain kali .. klu jebbat berdakwah atau memberi teguran pada orang lain .. berjumpa terus mereka .. bukan dengan cara begini .. kerana akan menimbulkan syak dan wasangka yg tidak baik. Jangan sempitkan minda ..

    BalasPadam
  11. Mengenai salam ana sudah jelaskan maka tidak perlu dihuraikan lagi. Terpulang kepada anta menerimanya atau tidak. Ke"wajip"an yang perlu didahulukan...

    ----------------------------

    Terima Kasih wahai Hg_kasturi atas pendapat saudara.

    Apakah salah disini Islam membuat tegurun begini???

    Jika salah maka mungkin anta boleh terangkan adab teguran yang "wajib" di buat berpandukan Al-Quran dan Sunnah. InsyaAllah, jika benar apa yang dihuraikan oleh anta maka ana boleh menerima dengan hati yang terbuka (namun perlu ada dalil dan nas).

    Wassalam

    jebbat

    *** boleh email pada ana pendapat anta dan kita boleh bertukar fikiran mengenainya. InsyaAllah...

    BalasPadam
  12. Maaf... terlupa nak bagi email.

    Sesiapa sahaja boleh menghubungi ana jika ingin bertukar pandangan.
    Boleh email pada ana

    jebbat@gmail.com

    BalasPadam
  13. Wahai Hg_kasturi

    Ana masih menunggu email dari anta.

    BalasPadam
  14. AKUI LAH YANG BANGSA KITA MELAYU DAN UGAMA KITA ISLAM. SALAH KAH KITA MEMPEREJUANGKAN HAK MELAYU DI TANAH TUMPAH DARAH KITA IAITU TANAH MELAYU SUPAYA TAK DI CEROBIHI OLEH BANGSA CINA ATAU INDIA.. INI TANAH MELAYU DAN BAK PERPATAH HANG TUAH ; TAK MELAYU HILANG DI DUNIA.

    BalasPadam
  15. BANGSA KITA MELAYU.
    TANAH TUMPAH DARAH KITA TANAH MELAYU IAITU MALAYSIA. UGAMA KITA ISLAM.

    BalasPadam