Waktu

Isnin, 12 April 2010

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA"JASAMU DIKENANG"PEKIDA DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Majlis akan diadakan pada 17 April 2010 bertempat di Pejabat Pekida Seberang Perai Tengah Alma jam 2100.Presiden Pekida Malaysia Yang Berbahagia Hj Jamaludin b.Yusof akan hadir dalam majlis yang akan di adakan

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum YB Presiden dan sekalian yang berkenaan.

    Mohon buat pemutihan jika masih sayangkan PEKIDA SPT.

    1. Pengerusi yang tidak pernah atau tidak tahu sembahyang. Pernah ke satu majlis apabila semua berhenti di masjid untuk sembahyang. Pengerusi tungggu di luar. Sungguh memalukan pengerusi begini.

    2. Abang Long yang lupa daratan. Dari tiada sokongan sehingga menjadi Kekanda Daerah dan hinggakan telah di ikhtiraf oleh Presiden namum dia lupa segalanya. Bila diperlukan, telfon satu hari 10 kali, namun bila dah "gah" ada program pun tak bagitau ahli. Malah telefon pun sudah tidak kedengaran.

    3. Banyak ahli dah lari keluar dari SPT kerna segelintir manusia yang buat PEKIDA macam pertubuhan sendiri hanya kerna pemimpinnya ada sangkut paut.

    4. Semua nak jadi abg long. Buat tapisan, ada yang lari pergi "masuk" tempat lain. Kononnya nak ramai adik-adik. Bila ada adik ramai tak tahu nak jaga. Biar lintang pukang pergi masuk disco, karaoke, tarik kereta dan sebagainya.

    5. Tiada satu program pun yang disusun untuk menaikkan Islam dan membina kekuatan Ummah. Tiada langsung program dakwah dalam kumpulan.

    Sungguh memalukan sesiapa yang berada di dalam daerah ini dan memalukan sesiapa yang memilih pemimpin sebegini.

    Mohon maaf diatas apa yang tertulis di atas. Ini adalah hakikat. Jika disenarai maka banyak lagi yang lari dari perjuangan "ISLAM" yang di agongkan. Namum itulah hakikat sebenar sebalik nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAMIYAH MALAYSIA.

    Semoga pihak berkenaan bisa membuat pemutihan secara menyeluruh.

    Sekian.

    "PEMUTIHAN"
    Bekas AHLI PEKIDA SPT.

    *kecewa dengan kepimpinan.
    *kecewa dengan perangai Abng Long.
    *kecewa dengan akhlak ahli.
    *banyak lagi la kalau nak tulis.

    BalasPadam