KUALA LUMPUR 24 Feb-Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia(Pekida) akan mengambil tindakan undang undang keatas mana-mana individu yang menpergunakan nama dan logo pertubuhan itu tanpa kebenaran.Presiden Pekida Malaysia,Haji Jamaludin Yusof berkata,ia selaras dengan usaha Pekida untuk membersihkan nama pertubuhan ini yang telah disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan peribadi.
Tindakan undang undang ini meliputi pelekat kenderaan,bendera,kad keahlian,penganjuran majlis serta individu memberi ceramah tanpa kebenaran daripada jawatan kuasa daerah,negeri dan pusat.Sehubungan itu,satu garis panduan akan di keluarkan Pekida bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa di kalangan ahli ahli dan prosedur operasi oleh pihak yang bertanggungjawab.Sejak kebelakangan ini banyak pertubuhan dan individu mengaku sebagai ahli Pekida termasuk bekas ahli.Mereka menggunakan nama dan logo Pertubuhan ini dengan sewenang-wenangnya sehingga mencemarkan nama baik Pertubuhan ini. Melalui Peguam yang di lantik,kita akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya
Waktu
Sabtu, 27 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SALAM UKHUWAH. saya amat bersetuju dan menyokong penuh atas usaha-usaha pemutihan ini. semoga berhasil dan memberi faedah yang besar untuk semua jemaah/ahli PEKIDA MALAYSIA.
BalasPadamTahniah buat ibu pejabat. Tindakan sebegini amat baik sekali gus dapat membersihkan nama PEKIDA Malaysia yg tercemar angkara pihak2 yg tidak bertanggungjawab. Kami dr PEKIDA Malaysia Daerah Kinta Perak memberi sokongan sepenuhnya terhapat usaha ini dan mematuhi setiap arahan yang disampaikan dari ibu pejabat.
BalasPadamBlog PEKIDA Malaysia, Daerah Kinta, Perak : http://pekidakinta.blogspot.com
itu yang sebaiknya demi nama baik Pekida yang telah tercemar oleh anasir-anasir yang telah mempergunakan nama dan logo Pekida dengan sewenang-wenangnya.
BalasPadamsalam
BalasPadamgunakan saluran undang2 atau gunakan ISA kerana ianya boleh menggugat ketenteraman awam.