Setelah mematuhi syarat-syarat, prosedur dan peraturan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan PEKIDA Malaysia, kad ahli akan dikeluarkan kepada mereka yang telah didaftarkan.
* Adalah diingatkan kad keahlian rasmi PEKIDA Malaysia hanya dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Pekida Malaysia yang beralamat di No.5A, Bangunan MPSP, Jalan Pasar, 08000 Sg.Petani, Kedah dan pihak Pekida Malaysia tidak pernah membenarkan pihak lain untuk mengeluarkan kad keahlian Pekida Malaysia. Semua kad keahlian Pekida Malaysia akan diproses setelah mendapat kelulusan dari Majlis Tertinggi Pekida Malaysia dan diproses di Ibu Pejabat Pekida Malaysia sahaja.
Contoh kad keahlian rasmi PEKIDA Malaysia boleh dilihat di blog rasmi Ibu Pejabat PEKIDA Malaysia.
- Resit bayaran yuran tahunan:
Seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan PEKIDA Malaysia, Fasal 3 (Ahli-Ahli), ahli PEKIDA Malaysia terbahagi kepada dua (2) kategori:
a) Ahli Biasa
b) Ahli Seumur Hidup
a) Ahli Biasa:
- Setiap ahli yang memilih untuk berdaftar sebagai Ahli Biasa PEKIDA Malaysia adalah diWAJIBkan membayar yuran tahunan setiap tahun.
- Pembayaran yuran tahunan PEKIDA Malaysia boleh dilakukan kepada Bendahari PEKIDA Malaysia Daerah masing-masing.
- Keahlian boleh dilucutkan jika gagal menjelaskan yuran tahunan selepas diberi notis selama tiga (3) bulan.
b) Ahli Seumur Hidup:
- Setiap ahli yang memilih untuk berdaftar sebagai Ahli Seumur Hidup PEKIDA Malaysia adalah diWAJIBkan membayar yuran seumur hidup mengikut bab 6.1(c) Perlembagaan PEKIDA Malaysia.
- Tidak perlu lagi membayar yuran tahunan seperti keahlian Ahli Biasa.
* Adalah diingatkan resit rasmi segala bayaran masuk menjadi ahli, yuran tahunan dan yuran seumur hidup PEKIDA Malaysia hanya dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PEKIDA Malaysia yang beralamat di No.5A, Bangunan MPSP, Jalan Pasar, 08000 Sg.Petani, Kedah dan pihak Pekida Malaysia tidak pernah membenarkan pihak lain untuk mengeluarkan resit rasmi bayaran masuk menjadi ahli, yuran tahunan dan yuran seumur hidup PEKIDA Malaysia.
- Kad dan resit yuran tahunan PEKIDA Malaysia
Dibelakang kad keahlian rasmi PEKIDA Malaysia(contoh tertera seperti di bawah) menunjukkan kad ahli tersebut hanya diakui sah sekiranya resit yuran tahunan semasa disertakan.
Kesimpulannya, memiliki kad ahli PEKIDA Malaysia adalah tidak memadai membuktikan sesorang itu adalah ahli sah PEKIDA Malaysia jika ianya tidak disertakan dengan resit yuran tahunan sesama bersama. Resit yuran tahunan semasa pula adalah bermaksud resit yuran tahunan yang terkini di mana ianya dirujuk melalui tarikh pembayaran yuran yang terdapat pada resit tersebut sehingga tempoh genap setahun. Jika tarikh resit tersebut telah melebihi tempoh setahun, keahliannya adalah terbatal dan tidak sah lagi. Ada laporan-laporan yang diterima mengatakan bekas ahli PEKIDA yang telah dilucutkan keahliannya menyalahgunakan kad keahlian tersebut dengan menjaja dan mempergunakan kad keahlian tersebut bagi tujuan jenayah. Ada juga di kalangan mereka menggunakan kad tersebut untuk memancing masyarakat dan remaja di bawah umur untuk meyertai PEKIDA walhal keahlian mereka sebenarnya telah lama dilucutkan. Tujuan mereka adalah untuk mendapatkan wang daripada mangsa-mangsa tersebut.
* Penerangan mengenai kad keahlian dan resit bayaran yuran tahunan rasmi PEKIDA Malaysia ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan serba sedikit kepada masyarakat membolehkan mereka mengenalpasti antara ahli sah PEKIDA Malaysia yang berdaftar dan ahli yang palsu supaya mereka tidak diperbodoh dan dipergunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Di zaman kecanggihan teknologi masa kini, tidak dinafikan bahawa perkara-perkara sedemikian boleh dipalsukan. Dengan ini, pihak Ibu Pejabat PEKIDA Malaysia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga secara berterusan dengan lebih efisyen dari semasa ke semasa. Pelbagai persiapan memperkuatkan sistem keselamatan, pengkemaskinian data dan maklumat terkini samada berkaitan hal ehwal keahlian mahupun pertubuhan sekali gus mengorak langkah seiring di dalam misi pemantapan dan memperhebatkan lagi prosedur-prosedur tertentu bagi mengesan penyalahgunaan apa jua perkara yang melibatkan PEKIDA Malaysia supaya ianya lebih terurus dan berkesan dengan jayanya. Walau bagaimanapun, jika masih terdapat
kemusykilan dan ketidakpastian bolehlah dirujuk semula ke Ibu Pejabat PEKIDA Malaysia kerana di sana segala kesahihan dan ketulinan maklumat keahlian dan pertubuhan
boleh diperolehi tanpa ada sebarang syak wasangkanya lagi. Sementelah itu, kerjasama dari pelbagai pihak terutamanya masyarakat, pihak polis mahupun dari ahli jemaah PEKIDA Malaysia itu sendiri adalah amat dialukan. Dan, disarankan juga agar segala perkara musibah negatif melibatkan penyalahgunaan nama, kad keahlian, resit bayaran yuran atau apa saja yang berkaitan PEKIDA Malaysia boleh terus dilaporkan ke Ibu Pejabat PEKIDA Malaysia seperti di alamat dan nombor telefon yang tertera di sisi blog ini ataupun terus menghubungi pihak polis berdekatan
Waktu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
asalamualikum
BalasPadamnama saya rizal ..pengusaha resort di pulau pangkor..umur 43 tahun..saya telah lama berjuang untuk kepentingan melayu dan islam ..namun saya hanya berjuang secara peribadi..kini saya terbuka hati ingin berjuang menegakkan melayu dan islam secara lebih terbuka..saya berminat untuk menjadi ahli pekida ..adakah pekida mengizinkan saya meneruskan perjuangan saya ..saya mempunyai rangkaian kawan 2 diseluruh malaysia yang berjuang secara bersendirian ,,,dapat sekiranya tuan memberi pandangan pada saya secepat mungkin dengan email atau tel saya di talian 013 4543823 atau intan_pangkor@yahoo.com
Assalamualaikum...saya pelajar di uitm pahang...saya berasal dari perak...saya berminat untuk menjadi ahli pekida...bgaimna sya hndak mndaftar sbg ahli pekida ?
BalasPadamSaya saudara muhd afiq bin hassan infin menjadi ahli pekida...bagaimanakah caranya?
BalasPadamPerak area mna?
PadamPerak area mna?
PadamSaya perak area ipoh
PadamAsalam belah selama perak x
Padam